Bila di sebut sahaja Anwar turun di Sikamat, soalan pertama yang
ditanya oleh beberapa kawan-kawan saya adalah, "ada lagi ke orang yang
datang tenguk Anwar ?". Saya hanya mampu tersenyum kerana saya baru saja
pulang dari menyaksikan Anwar berceramah di Sikamat.
Betul lah, tidak ramai yang hadir. Sambutan kepada Anwar tidak seperti
dahulu. Cakap cakapnya yang banyak membangga diri dan mengutuk Najib
dan pemimpin UMNO yang lain akan sentiasa meniti bibirnya. Inilah Anwar
Ibrahim , tak menipu , sakit perut.
Setakat Qardawi tak perlu lah kita hairan, Hari-hari telipon Anwar ,
macam lah Qardawi ini tidak ada kerja lain, Qardawi ini di ilhamkan
seperti seorang ulamak yang taksub dan memuja Anwar, Ayat Quran pula tak
payah cakap , macam goreng berteh keluar dari mulut Anwar seolah olah
dia juga layak di panggil ulamak.
Anwar bodohkan orang yang dengar ceramahnya malam tadi dengan tipu dan
muslihat dan terus berada di alam fantasi yang kononnya dia sedang duduk
di kerusi Najib dan kataya Najib kini adalah Ketua Pembangkang. Sian
sakit mental orang tua ini. Eloklah kita jangan bagi PR menang sebab
bakal Perdana Menteri jika PR menang adalah pesakit mental.
sumber: http://pru13n9.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment